KUALA LUMPUR:Kekerapan gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang sudah seperti "acara bulanan" kepada lebih satu juta pengguna yang terpaksa menanggung beban dan kesengsaraan apabila terputus bekalan air untuk beberapa hari.
Umpama mimpi ngeri, pencemaran sungai yang acap kali berlaku terus mengundang resah dan bosan rakyat yang mahu tindakan lebih konkrit diambil kerana 90 peratus sumber air mentah negara ini diperoleh dari sumber air sungai atau air permukaan.
Lembangan sungai yang terdedah dengan pencemaran terutama di muka sauk menyebabkan banyak pihak mencadangkan agar kerajaan menggunakan teknologi tinggi bagi merawat air mentah dari sumber lain seperti yang dilakukan di negara-negara Arab dan Singapura.
Negara-negara Arab misalnya menggunakan air laut sebagai sumber air mentah yang diproses menjadi air minum dan kegunaan harian manakala Singapura, menggunakan air sisa kumbahan yang diproses menjadi air minuman.
Meningkatkan rizab air dengan mencari sumber lain seperti air laut dan air bawah tanah antara pilihan terbaik yang boleh dilakukan bagi menjamin sumber air daripada sebarang krisis dan tidak terlalu bergantung kepada sumber air dari sungai semata-mata.
Pengerusi Malaysia Water Engineers Action Committee (MyWAC) Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya loji rawatan air (LRA) dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.
Sumber air tanah, katanya dilihat sebagai pilihan terbaik kerana kualiti air bawah tanah yang ada di negara ini berpotensi untuk dieksploitasi dan digunakan sebagai sumber air mentah.
"Negeri Kelantan telah menggunakan 53 peratus air bawah tanah sebagai sumber air mentah di LRA-nya. Kajian kuantiti, kualiti dan kaedah rawatan yang sesuai ke atas air bawah tanah perlu dicari," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Ini kerana air bawah tanah biasanya mengandungi bahan seperti ferum dan mangan terlarut yang lebih tinggi berbanding air sungai di samping bahan-bahan mineral terlarut lain. Bahan-bahan ini memerlukan kaedah yang khusus untuk mengurangkannya ke paras yang selamat digunakan.
Menjelas lanjut, Ishak berkata sudah terdapat teknologi dari luar untuk merawat air bawah tanah tetapi kosnya agak tinggi dan bagi mengurangkan kos tersebut, teknologi dan kepakaran tempatan perlu dibangunkan.
"Di negara barat mereka memelihara sungai dengan baik tetapi mereka banyak menggunakan air bawah tanah sebagai sumber air mentah. Denmark menggunakan 99 peratus air bawah tanah sebagai sumber air, Switzerland sebanyak 83 peratus. Ini menyebabkan mereka tidak terlalu bergantung kepada air permukaan sebagai sumber air mentah," katanya.
Sejak September, tiga kali gangguan bekalan air berlaku disebabkan pencemaran sungai dengan yang terbaharu Selasa lepas apabila LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas setelah pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor, dikatakan berpunca daripada pembuangan sisa dari sebuah premis di Taman Velox, Rawang yang melakukan pelepasan secara haram.
Ishak berkata kadar rizab air yang tinggi perlu disediakan yang meliputi rizab air mentah, rizab kemampuan rawatan loji dan rizab air bersih.
Takat simpanan air bersih yang ada di sebahagian negeri adalah kurang daripada lima peratus atau kurang daripada satu hari keperluan.
"Ini menyebabkan apabila LRA terpaksa dihentikan tugas, gangguan air akan mudah berlaku, Sepatutnya simpanan ini perlu dinaikkan sekurang-kurangnya ke paras 20 peratus. Lebih banyak simpanan lebih baik untuk pengguna," katanya.
Sementara itu, Pakar Kualiti Air dan Permodelan Kualiti Air Dr Zaki Zainudin berkata kekangan dari segi kos antara isu utama dalam penggunaan teknologi tinggi bagi merawat air yang boleh meningkat empat kali ganda berbanding kaedah sedia ada.
Kerajaan Negeri Selangor boleh mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi termaju dalam merawat air secara bersasar dengan memberi fokus kepada loji-loji yang berisiko tinggi mengalami gangguan disebabkan pencemaran.
Antara loji di Sungai Selangor adalah LRA Rantau Panjang manakala di Sungai Langat pula di LRA Semenyih dan Tampoi.
Bagaimanapun, bagi beliau aspek mencegah lebih baik daripada merawat, dengan pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan mencegah pencemaran daripada berlaku dengan memantapkan lembangan sungai supaya tidak membenarkan industri berisiko tinggi berada di hulu muka sauk.
"Selagi ada industri di hulu muka sauk, akan tetap ada risiko pencemaran dan gangguan air akan terus berlaku," kata Zaki.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020
Ishak berkata kadar rizab air yang tinggi perlu disediakan yang meliputi rizab air mentah, rizab kemampuan rawatan loji dan rizab air bersih. - fotoBERNAMA
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
KTMB akan tambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Bank pelaburan positif terhadap prospek KDNK Malaysia
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Kes penyeludupan: 10 ditahan, pelbagai barangan dirampas
Seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas di Selangor, Terengganu, Sarawak dan Sabah antara 14 hingga 18 Mei lalu.
Ebit Liew tidak berbaju ketika panggilan video - Saksi
Saksi kesembilaan pendakwaan kes gangguan seksual, pendakwah tersohor Ebit Lew mendakwa dirinya sering diganggu secara seksual melalui panggilan telefon.
Ramai jemaah haji dikesan sakit sendi dan otot
Hasil Ziarah Rahmah yang digerakkan Unit Kesihatan Awam, mendapati, sakit sendi dan otot kerana membuat pergerakan jauh untuk melakukan ibadat antara permasalahan dialami jemaah sehingga mendorong pihak fisioterapi turut sama dilibatkan dalam program pendiidkan itu.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Audiologis 20dB Hearing, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih
Mengikut pertuduhan, lima lelaki berkenaan didakwa membunuh Shahril Samad di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2 pada 20 Feb lalu.
Kes pukul di Semenyih: Reman lima individu disambung
Beliau berkata dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lelaki terbabit juga telah membuat laporan polis.
Kilang proses makanan punca sungai berbuih, berbau
Sebuah premis pemprosesan makanan disyaki melepaskan efluen berbuih sehingga menyebabkan air berwarna putih berbuih dan berbau di sekitar Sungai Kecil, Kampung Rinching Semenyih pada Selasa.
PRN: Semenyih milik PN, Nushi tewaskan calon BN
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), kerusi berkenaan dimenangi oleh Bakhtiar Mohd Nor daripada Pakatan Harapan (PH).
Swafoto selepas samun: Suspek pukul pekerja kedai serbaneka diberkas
Dua individu yang dipercayai mengakibatkan seorang lelaki cedera dipukul di sebuah kedai serbaneka di Semenyih diberkas polis pada Rabu.
KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.
Polis buru suspek kes samun kedai serbaneka
Suspek memakai topi dan mengikat mukanya dengan sehelai kain kuning telah memaksa mangsa membuka kaunter dan menyerahkan wang tunai.
Jenazah Prof Hamidin selamat dikebumikan
Terdahulu, jenazah Allahyarham dikafan dan disolatkan di Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih.
Sindiket seleweng diesel bersubdisi lumpuh, tujuh ditahan
Pasukan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya melumpuhkan satu sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi.